Google Shopping

Jadikan produk anda mudah ditemui di Google

Segerakkan produk EasyStore anda ke Google supaya pembeli yang mencari produk seperti yang anda jual dapat menemui jenama anda dan melawat kedai dalam talian anda, semuanya daripada katalog yang sudah anda urus.

Mulakan Harini

Penemuan Produk

Jenama anda muncul apabila pelanggan mencari dalam talian

Tampilkan jenama anda kepada pembeli ketika mereka mencari produk seperti yang anda jual. Maklumat produk yang lengkap membantu jenama anda menonjol antara pilihan yang dibandingkan dan dipilih oleh pelanggan.

Pemerolehan Trafik

Tukar carian produk menjadi kunjungan ke kedai

Bawa pembeli dari Google ke kedai dalam talian anda, tempat mereka boleh meneroka lebih banyak produk, mengenali jenama anda, mendaftar keluar terus atau mencari kedai fizikal anda.

Penyegerakan Produk

Segerakkan butiran produk, harga dan ketersediaan stok

Urus kemas kini katalog dengan lebih cekap dan berikan pembeli maklumat yang boleh dipercayai untuk membuat keputusan pembelian dengan yakin.

Semakan Produk

Pantau kelulusan dan penyenaraian di satu tempat

Lihat dengan pantas produk yang sedia untuk Google dan yang memerlukan perhatian, supaya lebih banyak produk dalam katalog anda dapat ditemui oleh pembeli.

Google Ads

Tukar keterlihatan produk menjadi jangkauan berbayar

Gunakan Google Ads untuk meluaskan jangkauan anda dengan kempen Shopping dan Performance Max, kemudian sasarkan semula mereka yang melihat produk, pelawat laman web, pembeli yang meninggalkan troli dan pelanggan sedia ada.