Beli-belah di mana sahaja dengan Aplikasi Membeli-belah

Sediakan satu tempat untuk pelanggan melihat produk, membuat pembelian dan mengurus keahlian melalui telefon yang digunakan setiap hari.

Mulakan Harini Hubungi Kami

Tarik minat pelanggan untuk membeli-belah

Sambut pelanggan dengan produk untuk diterokai dan ganjaran ahli yang dinantikan. Jadikan setiap kunjungan semula terasa mesra dan biasa.

Kekal log masuk

Pelanggan log masuk menggunakan kata laluan sekali guna dan kekal terhubung dengan kedai anda, tanpa perlu mengingati alamat laman web atau kata laluan setiap kali.

Katalog yang mudah diterokai

Satukan paparan produk dan cadangan supaya pelanggan boleh mencari produk kegemaran serta menemui sesuatu yang baharu.

Ganjaran untuk pelanggan setia

Galakkan ahli kembali dengan promosi, akses awal kepada produk baharu dan manfaat mengikut tahap keahlian mereka.

EasyStore
EasyStore
EasyStore

Kekal dekat dengan pelanggan

Bantu pelanggan menyambung aktiviti membeli-belah, menyemak ganjaran dan menjejak pembelian, walaupun pasukan anda sedang sibuk.

Senarai hajat yang disegerakkan

Pelanggan boleh menyimpan produk yang disukai dan kembali ke senarai hajat apabila bersedia untuk membeli.

Ganjaran hari lahir dan perayaan

Hantar baucar secara automatik sempena hari lahir dan acara istimewa untuk memberi pelanggan sebab kembali ke kedai anda.

Kemas kini melalui notifikasi

Maklumkan perkembangan pesanan dan promosi melalui notifikasi aplikasi apabila pelanggan mengaktifkannya.

EasyStore
EasyStore
EasyStore

Hubungkan pengalaman dalam talian dan di kedai

Bawa maklumat keahlian, produk yang disimpan dan ganjaran ke kunjungan kedai supaya pasukan anda lebih memahami keperluan pelanggan.

Kenali ahli dengan satu imbasan

Imbas kod bar ahli digital untuk melihat profil, sejarah pembelian dan senarai hajat pelanggan di kaunter.

Manfaat ahli di kedai

Pelanggan boleh mendapatkan kad ahli dan baucar yang tersedia dalam aplikasi untuk digunakan semasa membeli-belah di kedai.

Imbas sekarang, beli kemudian

Pelanggan boleh mengimbas kod bar produk di kedai, menyimpannya ke senarai hajat dan kembali membeli apabila bersedia.

EasyStore
EasyStore
EasyStore

Urus pembelian harian dengan Aplikasi Membeli-belah

 Imbas untuk tambah kedai  | EasyStore
Imbas untuk tambah kedai
 Cadangan produk  | EasyStore
Cadangan produk
 Pembayaran mudah  | EasyStore
Pembayaran mudah
 Sembang langsung  | EasyStore
Sembang langsung
 Beli semula  | EasyStore
Beli semula
 Akaun ahli  | EasyStore
Akaun ahli

Ruang untuk jenama anda dalam telefon pelanggan

Pilih Aplikasi Membeli-belah yang dikongsi atau Aplikasi Jenama dengan identiti sendiri. Hubungi pasukan kami untuk ketersediaan dan harga di pasaran anda.


Aplikasi Membeli-belah Aplikasi Jenama
Pelanggan boleh melihat produk, membeli dan mengurus keahlian melalui Aplikasi Membeli-belah EasyStore. Pengalaman Aplikasi Membeli-belah dengan nama, ikon dan identiti jenama anda sendiri.
Fungsi membeli-belah
Profil ahli
Kad ahli digital
Halaman baucar
Penyegerakan senarai hajat
Notifikasi aplikasi
Log masuk dengan nombor telefon
Kod QR untuk muat turun aplikasi
Penyenaraian di gedung aplikasi
Jenama dalam penyenaraian EasyStore Jenama anda
Pemilikan aplikasi
Penjenamaan dan penyesuaian
Sepanduk utama tersuai
Ikon aplikasi tersuai
Nama aplikasi tersuai
Tangkapan skrin gedung tersuai
Pelan dan harga
Ketersediaan Lihat pelan untuk pasaran anda Hubungi kami untuk ketersediaan dan harga
Lihat pelan Hubungi kami
MULAKAN SECARA PERCUMA

Urus perniagaan dari satu tempat

Urus produk, pesanan dan maklumat pelanggan melalui sistem pengurusan berpusat. Pasukan anda menggunakan maklumat yang sama ketika pelanggan membeli dalam talian atau di kedai fizikal.

Urus perniagaan dari <i>satu tempat</i> | EasyStore
EasyStore