Unified Retail Sentiasa Menjaga Pelanggan

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana jenama besar sentiasa berjaya memenangi pelanggan? Ia bukan hanya tentang memiliki dana yang besar tetapi tentang melabur dalam solusi yang bersesuaian.

Mulakan Harini Hubungi Kami

Pelanggan membeli-belah melalui pelbagai saluran

Dalam persekitaran pembelian omnichannel masa kini, ianya penting untuk memastikan jenama anda hadir di semua saluran yang relevan di mana pelanggan menemui, membandingkan, mengulas, dan membeli produk.

Penemuan
Pelanggan menemui jenama dan produk melalui pelbagai cara: membeli-belah di kedai outlet, enjin carian, marketplace, media sosial, dan live stream. Setiap saluran mempunyai audiensnya tersendiri, yang anda tentu tidak mahu ketinggalan.
Minat, Pertimbangan
Pelanggan sering mencari lebih banyak maklumat. Menjaga kehadiran jenama yang kuat dan pendedahan yang konsisten pada semua saluran adalah penting untuk mengekalkan minat mereka dan menggerakkan mereka menuju ke arah keputusan pembelian.
Pembelian, Kesetiaan, dan Advokasi
Masa terbaik untuk mula membina hubungan dan memupuk kesetiaan adalah sebaik sahaja pembelian dibuat. Ia menggalakkan pembelian berulang dan pemasaran secara "word-of-mouth". Jangan abaikan fasa kritikal ini dalam strategi retail anda.
EasyStore

Memperkasa setiap kedai dengan kemampuan digital

Kedai retail memiliki kelebihan pengalaman unik yang tidak dapat ditiru oleh e-dagang. Tingkatkan setiap kedai dengan kemampuan digital untuk mengeratkan hubungan dengan pelanggan.

Keahlian Lintas Kedai
Membolehkan kedai mengenali pelanggan yang kembali, sama ada mereka membeli-belah di kedai lain atau secara dalam talian, berikan akses kepada staf untuk merujuk sejarah pembelian dan manfaat keahlian lalu membantu mereka meningkatkan layanan kepada pelanggan.
Inventori Lintas Kedai
Penjualan lintas kedai membolehkan staf memeriksa stok yang tersedia dari kedai lain dan mengambil pesanan walaupun barang tidak tersedia secara tempatan. Ia menyumbang kepada peningkatan prestasi staf, pengalaman pelanggan, dan kepuasan.
Semua Kedai Memacu Jualan Dalam Talian
Lengkapi setiap kedai dengan pautan unik yang boleh dijejaki agar staf kedai dapat memudahkan pembelian dalam talian. Strategi ini menyediakan Unified Customer Experience (UCX) dan meningkatkan pengekalan pelanggan serta jualan berulang.
EasyStore
EasyStore
EasyStore

Galakkan jualan berulang dan margin keuntungan yang lebih tinggi

Memandangkan kos untuk pelanggan baru adalah kira-kira tujuh kali (7X) lebih tinggi daripada mengekalkan pelanggan sedia ada, fokuskan usaha pemasaran terhadap pelanggan sedia ada berbanding daripada yang baru bagi menguruskan wang dengan bijak.

Membeli-Belah di Hujung Jari Pelanggan
Shopping App meletakkan kedai mudah alih anda di hujung jari pelanggan. Mereka tidak perlu lagi mengingati URL; sentiasa log masuk untuk melayari, membeli-belah, dan memeriksa manfaat keahlian mereka dengan cepat dan mudah.
Mesej Broadcast Berfokus
Capai pelanggan secara langsung melalui saluran mesej pilihan mereka, seperti WhatsApp, Messenger, atau Shopping App. Kekalkan minat mereka dengan produk baru, pembukaan kedai, atau berita lain.
Mata Ganjaran dan Baucar
Mata ganjaran dan baucar diskaun adalah penting dalam pasaran hari ini bukan sahaja untuk menggalakkan pembelian berulang tetapi juga untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan anda, terutamanya apabila boleh digunakan secara dalam dan luar talian.

Hapuskan jurang antara dalam dan luar talian

Kejayaan satu strategi yang baik tidak dapat dicapai tanpa alatan yang tepat. Kami memberi keutamaan sama kepada saluran dalam dan luar talian, memastikan konsistensi dalam pengalaman bagi pelanggan dan staf. Ia menyumbang kepada peningkatan bisnes ke tahap selanjutnya.

Program Keahlian & Kesetiaan Unified
Pelanggan merasa kecewa apabila manfaat keahlian mereka terhad mengikut lokasi atau saluran. Program keahlian dan kesetiaan yang unified menghapuskan halangan tersebut dan menyumbang kepada kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Produk & Inventori Unified
Urus produk dan inventori dengan mudah di semua saluran jualan. Sistem yang bersepadu membolehkan kawalan terpusat inventori kedai dan dalam talian, memastikan operasi yang sentiasa lancar.
Prestasi & Insentif Unified
Jejak prestasi dan selaraskan insentif di semua kedai, ahli staf, dan saluran, dan pastikan semua orang menuju ke arah matlamat yang sama. Pendekatan yang unified ini meningkatkan kecekapan keseluruhan perniagaan.
EasyStore

Minimalkan pelaburan modal dalam pengembangan bisnes anda

Solusi Unified tidak hanya mengoptimumkan sumber anda tetapi juga meningkatkan fleksibiliti strategi anda. Luaskan jankauan bisnes anda dengan pantas dan lancar dengan solusi yang sesuai untuk membantu anda mengatasi pesaingan.

Pelaburan Hardware yang Fleksibel
POS yang fleksibel, yang menggunakan telefon atau tablet, membolehkan anda memperluaskan jangkauan anda ke pameran, bazaar, dan kedai pop-up tanpa pelaburan besar dalam hardware POS yang mahal dan besar.
Pelaburan Inventori yang Bijak
Pendekatan strategi jualan inventori lintas-kedai membantu anda mengurangkan pelaburan dalam aras stok awal di lokasi baru. Anda boleh bergantung pada inventori terpusat untuk mengurangkan pengeluaran modal secara ketara untuk kedai-kedai baru.
Pelaburan Ruang Strategik
Strategi jualan lintas-kedai membolehkan peniaga beroperasi dalam ruang yang lebih kecil dengan cekap, mengurangkan inventori berlebihan dan mengoptimalkan penggunaan ruang retail, lalu meningkatkan jualan per kaki persegi.
EasyStore
EasyStore

Menyatukan segalanya secara berpusat, untuk pelanggan anda

Back office yang berpusat meningkatkan kecekapan pengurusan dan memeluk UCX (Unified Customer Experience) untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Pendekatan ini memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang konsisten dan memuaskan dengan jenama anda tidak kira di mana mereka membeli-belah.

Kisah Kejayaan:
Mengapa peniaga memilih EasyStore?

  • Art of Salmó | EasyStore
    EasyStore's intuitive design tools have allowed us to craft an online store that not only looks great but is also tailored to our customers' needs, enhancing their overall shopping experience.
    Art of Salmó Phyllis Teh — Founder
  • Darasara | EasyStore
    EasyStore has simplified our operations by organizing customer data from various platforms, significantly improving our customer satisfaction and operational efficiency.
    Darasara Raushan Yuzer — Brand Founder

Hubungi team kami harini

Jom, mulakan perjalanan unified commerce anda! Lengkapkan borang berikut untuk berhubung dengan pasukan kami.