Panduan berniaga melalui Instagram Storefront

By Yavini Lucille · 7th September, 2020

Membeli-belah kini menjadi semakin mudah sehingga kita boleh membeli-belah hanya daripada rumah, pada bila-bila masa, dimana sahaja hanya melalui kedai atas talian seperti Shoppee, Lazada dan Lelong. Platform Social Media seperti Instagram juga dilihat sebagai  platform yang berguna untuk mempamerkan produk jualan kita untuk membantu pelanggan membeli sambil mendapat pengalaman beli-belah yang baik.

Saya percaya di satu-satu masa, anda akan memperuntukkan sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih dalam sehari untuk melayari Instagram. Begitu juga bagi semua pengguna Instagram di seluruh Malaysia. Oleh itu, kebarangkalian untuk produk jualan anda dilihat oleh jutaan pengguna Instagram itu ada dan pasti.

Namun begitu, sewaktu kandungan ini ditulis, membeli-belah di Instagram ini masih tidak ada di Malaysia kecuali bagi mereka yang sukarela untuk menguruskan gudang beli-belah untuk pelanggan. Namun, anda masih mampu memperolehi pelanggan yang gemar membeli-belah di Instagram melalui “Instagram Storefront” atau gudang Instagram yang baru dilancarkan oleh kami.

Kenapa anda memerlukan Instagram Shopping sebagai E-dagang anda?

1. Kedai Instagram segera seperti milik kita.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Malaysian masih bukan lagi negara yang layak untuk menjadi “Instagram Shopping”, tidak seperti Korea, Japan, and Singapura. Walaubagaimanapun, adakah anda hanya mahu menunggu untuk “Instagram shop” berada di Malaysia sementara anda akan berterusan kehilangan pelanggan yang berpotensi untuk membeli di Instagram?

Berhenti menunggu. Tidak perlu berbelanja lebih. Tidak perlu biarkan mereka menguruskan pelanggan anda. Beralihlah kepada “Instagram Storefront” kami hari ini. Tiada perbezaan ketara antara “Intagram shop” dan “Instagram Storefront” yang kami lancarkan ini.

Berilah pelanggan anda keselesaan semasa membeli-belah di Instagram. Mereka tidak perlu untuk beralih dan memperuntukkan masa yang lebih untuk mahir dan terbiasa dengan muka baru yang berlainan apabila mereka hanya perlu memilih dan membeli di platform ini.

2. Sama tetapi tidak serupa: Pos berbelanja yang siap terbina

Saya percaya anda telah melihat iklan“Instagram shoppable” di dalam aplikasi ini. “EasyStore Instagram Storefront” atau Gudang membeli-belah mudah Instagram yang dilancarkan ini mempunyai fungsi yang sama kepada para pelawat untuk membeli-belah dengan penampilan platform yang hampir sama dengan Instagram.

Jadi bagaimana ia memberi manfaat kepada anda?Ketepikan semua yang tidak perlu dan bantulah pembeli anda membuat pilihan melalui katalog produk anda, termasuk memeriksa atau membanding beza harga bagi setiap produk disambil mendapat pelbagai informasi berguna berkaitan produk anda.

Tambahan lagi, jika pelanggan sudah bersedia untuk membuat belian, mereka hanya perlu melawati iklan produk anda dan klik butang beli sekarang. Ia akan secara automatic membawa mereka ke gudang belian anda untuk melengkapkan belian produk yang dipilih.

3.Hanya satu pautan akses

Saya ingin pengikut instagram saya mengetahui kewujudan “Instagram Storefront" saya? Apakah yang perlu saya lakukan?

Penyelesaiannya sangat mudah! Hanya salin dan tampal pautan “Instagram Strorefront” anda di akaun  perniagaan Instagram anda.

Pautan “Instagram Storefront” yang di hubungkan terus dengan Instagram anda akan memudahkan pelanggan untuk melawati “Instagram Storefront”.

Tidak kisah walau dimana anda berada, pautan “Instagram Storefront” boleh dikongsi di sosial media. Jika anda mensasarkan pelanggan berusia muda, masukkan pautan “Instagram Storefront” ini di akaun facebook, Twitter, WhatsApp, Telegram/Line dan lain-lain platform maya yang anda ada. Sasaran umur pelanggan juga boleh berubah.

Tidak pasti apa yang sedang kami bincangkan? Jangan risau, baca dan kami bantu anda.

Bagaimana “Instagram Storefront” berfungsi sebagai “EasyStore” anda?

1. Berhubung dan log masuk akaun Instagram anda

Untuk membuat “Instagram Storefront” ini, anda perlu terus ke pengurusan “EasyStore admin” > Instagram> berhubung terus dengan akaun Instagram anda > log masuk.

2. Benarkan akses media

Selepas log masuk ke akaun Instagram anda, anda dikehendaki untuk menekan butang “Authorize” atau butang kebenaran untuk mencipta akaun “Instagram Storefront” baru anda.Seterusnya, pergi ke butang “Authorize” jika anda bersetuju dengan media yang diberi seperti imej yang dipamerkan untuk dilayari oleh “EasyStore” 

3. “Instagram Storefront” sudah tersedia! 

Setelah mengikut langkah-langkah diatas, sila layari dan semak “Instagram Storefront” anda di tempat yang sama (“EasyStore Admin > Instagram). Pilih produk yang ingin diketengahkan atau dijual di “Instagram StoreFront” dan letakkan ia di kolum terbaru iaitu “Instagram feature collection” atau koleksi baru anda.

4. Salin dan tampal di bio anda

Sekarang, “Instagram Storefront” mudah untuk dibeli untuk pengikut di akaun  perniagaan Instagram atau akaun Instagram persendirian anda. Mereka tidak perlu untuk beralih kepada yang lain mahupun memperuntukkan masa yang panjang untuk mahir dengan muka baru ini untuk membuat belian.

Kesimpulannya

Dengan lebih 10 juta pengguna aktif Instagram, ini merupakan peluang besar untuk membina dan berhubung dengan sasaran anda. Ingat, pembeli tidak akan membeli dengan mudah hanya kerana produk anda mampu milik atau mempunyai pembungkusan yang baik sahaja.

Dengan tren pengguna yang sering  terkehadapan dan berubah-ubah, penjual tidak ada alasan untuk tidak mempraktikkan perdagangan digital dalam pelbagai cara. Yang paling penting, “EasyStore” akan sentiasa berada bersama kita untuk terus membangun dalam menyediakan sokongan kendiri yang diperlukan oleh anda supaya lebih hebat dengan ciri-ciri yang baru.




Try EasyStore free for 14 days

With all features unlocked. No credit card required.

icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weighticon-wholesaleFacebook iconGoogle+ iconLinkedIn iconTwitter iconYouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon