Pelakon Wanita Malaysia Di Sebalik Jenama Biskut Asli “Dibuat di Malaysia”

By Yavini Lucille · 9th February, 2020

Semuanya bermula daripada suatu kejadian yang tidak dirancang. Ainul merupakan, pada mulanya seorang pelakon wanita, penyanyi dan model komersial Malaysia. Siapa yang terfikir yang beliau akan menjadi seorang usahawan, melakukan sesuatu yang tidak ada kaitannya dengan bidang lakonan? Apabila beliau bermula dalam perniagaan pastri, beliau hampir tidak dapat satu pesanan.

   

Hidup Berubah Dengan Satu Post Instagram

“Kenapa tidak cuba untuk menjual biskut?” Suatu soalan mudah yang ditanya oleh kawan Ainul menjadi titik permulaan dalam bidang perniagaan. Dengan keraguan yang kecil, beliau mengambil keputusan untuk cuba dan menjual biskut di sebuah bazar di mana penjual-penjual menjual pakaian dan makanan. Jualan beliau tidak menjadi seperti yang disangkakan. Hanya dua pembeli yang sanggup membeli biskutnya pada ketika itu.

Walaupun Ainul berasa sedih, beliau berikan biskut yang berlebihan kepada orang lain sebelum ianya menjadi lemau. Disebabkan ada lagi biskut yang berlebihan selepas diberikan kepada keluarga, kawan-kawan serta kenalan-kenalan beliau, Ainul mengaturkan suatu acara pemberian biskut secara percuma kepada pengikut-pengikut Instagram beliau.

Tanpa dijangka, Ainul terima pesanan berkali-kali meminta biskutnya yang tidak dapat dipasarkan selepas memberi biskut itu kepada pengikut-pengikut Instagram. Biskut beliau mendapat sambutan hanya kerana mereka mencubanya mengikut cadangan kawan-kawan mereka. Artis tempatan seperti Fasha Sandha, Maria Farida, Emma Maembong, dan Erin Malek turut memberi sokongan kepada Ainul oleh sebab biskutnya yang sedap.

Setelah mendapat sokongan yang besar daripada semua pihak, Ainul berazam untuk bergerak maju ke hadapan dalam perjalanan yang mencabar ini. 

Permulaan Dahsyat untuk Mengkomersialkan 

Semasa menceburi karier lakonan Ainul, sayang dan minatnya terhadap masak-memasak makin tertanam dalam dirinya tanpa putus. Beliau boleh menghabiskan harinya dengan menonton video masakan dan tutorial membakar kuih atau kek di Youtube seolah-olah tidak kenal erti penat. 

 Dengan mengunakan ketuhar kecil daripada Tesco, minatnya yang membara untuk membakar biskut menjurus dirinya untuk membeli semua bahan-bahan yang diperlukan. Beliau terus membakar biskutnya selepas melayari tutorial di Youtube mengenai biskut M&M yang juga merupakan biskut berperisa pertama yang dikomersialkan.

Mengambil dan post gambar biskut yang dibakar sendiri bukanlah luar biasa. Kawan Ainul mencadangkan untuk Ainul menjualnya di bazar selepas menatal post beliau. Dan begitulah bagaimana Ainul Cookies & Co diciptakan! 

Biskut tersebut dijual dengan laris sekali. Disebabkan itu, Ainul membuat dengan lebih banyak untuk mengikut permintaan. Akhirnya, beliau mereka hamper dan kotak hadiah untuk musim perayaan di Malaysia. Ia sememangnya laku dan dalam masa yang sama, banyak pilihan telah dipertingkatkan.

Sesat di Lautan Yang ‘Tidak Terduga’

Dengan pesanan yang semakin meningkat, Ainul mengalami kesusahan dalam kewangan serta hubungan interpersonal. Perniagaan biskutnya terpaksa ditutup kerana pelabur-pelaburnya memutuskan untuk berhenti. Mereka tidak dapat bersetuju dengan suatu urusan perniagaan. Perniagaannya ditutup pada ketika itu.

 Pada penghujung dalam menghadapi cabaran ini, beliau sedar yang ianya penting untuk mempunyai pelabur yang bersependapat. Sebelum perniagaannya dibungkus sepenuhnya, seorang pelabur baru, juga dikenali sebagai teman lelaki Ainul, menghulurkan bantuan untuk mengembalikan perniagaan biskut beliau. Mereka berganding baju dalam menambahbaik jenama, mereka bentuk, sesi foto, dan membakar biskut oleh mereka sendiri.

 Dengan pengembangan perniagaan di serata dunia dengan trend terkini pemasaran digital, Ainul membuka laluan dengan EasyStore untuk mengembangkan perniagaannya kerana pelanggan-pelanggannya arif dalam teknologi. Sebagai seorang yang baru belajar mengenai kedai dalam talian, EasyStore telah membantu beliau untuk meringankan bebannya dengan menyediakan antara muka ramah-pelanggan dan susun atur profesional.

Dalam masa yang terdekat, jenama Ainul akan berkembang sebagai perniagaan bertaraf dunia dengan bantuan EasyStore dalam menubuhkan jenama yang lebih mantap - Ainul Cookies & Co.. EasyStore menawarkan platform siber bagi Ainul untuk menjual, bukan sahaja domestik malah pada pasaran antarabangsa.

Disebalik Pahit Manis Kesusahan

Ainul sering memasang telinga agar beliau dapat mendengar maklu balas daripada pelanggan-pelanggannya dalam memperbaiki biskutnya. 

“Mendengar cerita pelanggannya seperti tidak berkongsi biskut itu dengan adik-beradik atau menyoroknya di suatu tempat untuk menyimpan daripada mereka sememangnya membuat saya berasa gemberi!” beliau gelak apabila mengingat kembali masa yang tidak dapat dilupakan bersama pelanggan-pelanggan Ainul. 

Pelanggan-pelanggan tetap yang sentiasa menyokong membolehkan Ainul berdiri teguh dan dalam masa yang sama, mengukuhkan jenama serta beliau sentiasa berasa bersemangat apabila berjumpa dengan mereka. Mereka sanggup beratur untuk membeli biskut tersebut sebelum gerainya dibuka.

Ia mendorong beliau dengan ketara apabila beliau berjumpa dengan ahli perniagaan yang menceritakan pengalaman dan ilmu mereka sendiri yang telah melalui pengembaraan mereka. Tenaga positif daripada mereka mempengaruhi keputusan dalam menguruskan jenamanya dek kerana beliau mendapat nasihat yang jujur dan ikhlas.

Nasihat Ikhlas kepada Diri Muda Dahulu

Ainul berharap untuk memberi nasihat seikhlas hati kepada dirinya yang lepas pada 2013. Walau bagaimanapun, beliau perlu untuk menghadapi kesukaran yang parah dalam pengembaraan ini, sentiasa percaya akan diri sendiri apabila membuat sesuatu yang anda minat. Ingat, siapa yang bertahan sehingga pengakhirannya telah menguasai pemikiran untuk menyerah kalah.

 

Tidak pernah mempunyai niat untuk mendapatkan duit daripada permulaannya. Walaupun begitu, dengan konsistency dalam menyediakan biskut yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan, Ainul telah berjaya mentransformasikan hobinya kepada salah satu sumber pendapatan beliau.

Layari laman web beliau dan Instagram dengan pautan di bawah! 

Laman web: https://www.ainulcookiesandco.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/ainulcookiesandco/ 




Try EasyStore free for 14 days

With all features unlocked. No credit card required.

icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weighticon-wholesaleFacebook iconGoogle+ iconLinkedIn iconTwitter iconYouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon