Jual Lebih Banyak Melalui
Pelbagai Saluran
Jangan hadkan keupayaan anda menarik pelbagai jenis pelanggan
Sudah menggunakan EasyStore? Aktifkan saluran jualan

Sudah menggunakan EasyStore? Aktifkan saluran jualan
Oleh sebab pasaran e-dagang yang sangat kompetitif, pengguna mempunyai pelbagai pilihan membeli-belah di dalam talian. Cara yang paling berkesan dan dapat menyampai pengguna adalah dengan menggunakan pelbagai saluran penjualan.
EasyStore membolehkan anda membina hubungan dengan pelanggan dan menjana pembelian berulang. EasyStore juga membolehkan anda berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan melalui e-mel, Messenger, atau WhatsApp. Pujuk mereka kembali dengan kredit penghargaan dan promosi.
Tonjolkan jenama anda kepada masyarakat digital. Templat kami yang mudah disesuaikan dapat mengubah idea anda menjadi kedai dalam talian dengan alamat web yang diingini. EasyStore menyokong berpuluh-puluh penyedia dan kaedah pembayaran serta menyediakan troli belanja pelbagai mata wang untuk pelanggan antarabangsa anda.
Ketahui lebih lanjutBenarkan pelanggan membuat pembelian sendiri di Facebook. Hanya satu klik untuk membina Kedai Facebook anda melalui penyelarasan katalog produk dari EasyStore. Kemaskini perniagaan anda secara automatik dengan maklumat produk, inventori, dan pesanan yang lengkap di dalam dashboard EasyStore anda.
Ketahui lebih lanjutTerima pesanan dengan serta-merta sewaktu anda membuat Facebook Live. Pelanggan anda akan menerima pautan pembelian melalui Messenger setelah mereka memberi komen di livestream anda. EasyStore akan mengumpulkan dan mengambil butiran pesanan di bahagian belakang. Setiap item yang dijual akan ditunjukkan di dalam inventori anda.
Ketahui lebih lanjutEasyStore membantu meningkatkan jualan (sales conversion) di Messenger. EasyStore membolehkan anda membuat menu atau chatbot yang menyediakan pertanyaan tahap pertama automatik kepada pelanggan. Ini memudahkan proses keputusan pembelian mereka. Mereka boleh menerima pengesahan pesanan melalui e-mel dan Messenger.
Ketahui lebih lanjutTunjukkan barangan anda kepada pembeli dari Instagram yang mencari produk serupa. EasyStore Facebook Marketing membantu mempercepatkan proses pengaktifan Instagram Shopping. Tandakan produk anda untuk mencipta post dan cerita senang beli. Bagaimana untuk mempercepatkan proses pengesahan yang begitu panjang? Gunakan Kedai Bio kami untuk membuat kedai Instagram yang serupa.
Tukar perbualan di WhatsApp anda menjadi jualan. Borang Pesanan WhatsApp EasyStore membantu mengumpulkan pembayaran dan maklumat pelanggan. Ia adalah borang selamat yang memaparkan nama, harga, dan foto produk anda. Paparan WhatsApp yang biasa dilihat pelanggan akan mendorong mereka untuk segera membeli.
Ketahui lebih lanjutIkuti jualan (sales conversion) anda dari ruang sembangan LINE. Gunakan LINE Order Form untuk menunjukkan barangan anda kepada pelanggan. Borang pesanan LINE EasyStore adalah borang pesanan yang selamat digunakan. Ia menunjukkan nama, harga, dan foto produk anda terus, memotong prosedur pembelian memakan masa yang perlu mengunjungi laman yang berasingan.
Ketahui lebih lanjutTarik lebih ramai pelanggan dengan WeChat. Kongsikan Borang Pesanan EasyStore WeChat anda untuk mendorong pelanggan membeli dengan segera. Terdapat paparan nama, harga, dan foto untuk membolehkan mereka melihat dan membeli tanpa meninggalkan WeChat.
Anda boleh menjual lebih banyak daripada Shopee di beberapa saluran penjualan. Kami menyediakan pengurusan pesanan, produk, dan inventori berpusat untuk Shopee dan saluran penjualan lain. Anda boleh menetapkan harga jualan yang berbeza untuk Shopee. Gunakan arahan bulk action untuk memenuhi pesanan dan mencetak Airway Bill.
Ketahui lebih lanjutAnda boleh menjual lebih banyak daripada Lazada di pelbagai saluran penjualan. EasyStore menyokong penyelarasan produk dan penyesuaian mengikut harga jualan berbeza di Lazada. Kami memusatkan pengurusan pesanan, produk, dan inventori anda untuk Lazada dan saluran penjualan yang lain. Anda dapat memenuhi pesanan secara besar-besaran dan mencetak Airway Bill.
Ketahui lebih lanjutCapai bakal pelanggan yang mungkin melawat pesaing anda. Google Shopping di EasyStore dibina untuk mempercepatkan proses penyediaan iklan Google anda. Hanya satu klik untuk melaraskan katalog produk anda dengan Google Merchant Center, dan tidak perlu dilakukan berasingan. Anda boleh menjejaki status kelulusan produk anda di EasyStore pada bila-bila masa.
Membolehkan perniagaan anda menerima pesanan di mana sahaja dengan EasyStore POS. Ini adalah aplikasi mudah alih yang merekod data pelanggan, perincian pesanan, dan inventori di semua saluran penjualan. Anda boleh mencari produk dengan mudah dengan mengimbas kod bar dan mencetak resit
Ketahui lebih lanjutGalakkan pelanggan mempromosikan produk anda melalui insentif rujukan dalam EasyStore. Anda boleh tetapkan tahap komisen berbeza untuk kumpulan rujukan berbeza dengan memberikan mereka wang tunai, kod kupon, atau kredit kedai. Jejaki secara automatik setiap penjualan yang datang dari rujukan anda di dashboard EasyStore pada bila-bila masa.
Ketahui lebih lanjutBenarkan pelanggan anda membuat pesanan besar. EasyStore Portal Borong adalah portal kata laluan yang hanya dapat dibuka oleh pelanggan jemputan. Anda boleh membuat penyesuaian senarai harga yang berbeza untuk disesuaikan dengan kumpulan pelanggan yang berbeza.
Ketahui lebih lanjutHubungkan perniagaan anda dengan mana-mana saluran penjualan di EasyStore untuk memanfaatkan pengurusan produk, pesanan, dan inventori automatik untuk pelbagai saluran penjualan.
Pengurusan inventori melalui pelbagai saluran penjualan adalah kerja yang mencabar. Kami menyelaraskan (sync) inventori anda di semua saluran penjualan, mengelakkan jualan berlebihan stok atau jualan kurang stok.
Mengemas kini butiran produk adalah kerja yang leceh. Di EasyStore, setiap perubahan yang telah dibuat pada produk anda akan diselaraskan di semua saluran penjualan anda, melalui sistem pusat pengurusan produk.
Mengumpulkan maklumat pelanggan adalah penting untuk pertumbuhan perniagaan anda. Kami membantu merakam maklumat dan tingkah laku pembelian pelanggan untuk anda dapat membina hubungan dengan pelanggan.
Di EasyStore, anda boleh memproses pesanan anda secara langsung dari semua saluran penjualan anda melalui satu dashboard. Untuk memberikan pengalaman yang positif, pelanggan akan diberitahu setiap kali status pesanan bertukar.
Prestasi perniagaan secara keseluruhan memperuntukkan bajet anda dengan lebih baik. Laporan mudah dari EasyStore memaparkan saluran pendapatan tertinggi dan tingkah laku pelanggan untuk mengatur kempen pemasaran semula (retargeting marketing) anda.
Bekerja dengan EasyStore membolehkan perniagaan dalam talian kami berinovasi dan berkembang sejak hari pertama. Kami membina laman web penjenamaan kami, pada masa yang sama mengembangkan saluran penjualan kami kepada WhatsApp, Facebook, Instagram.Shafiqah Shafie dan Iylia Fahmi - Pengasas Pinkboxcereal