UCX Memikat Hati Pelanggan utk Membeli dari Anda

Implementasi Unified Customer Experience (UCX) untuk mengeratkan hubungan dan mencipta detik berharga dalam pengalaman membeli belah pelanggan, melampaui sempadan antara jualan dalam dan luar talian.

Mulai Bisnis Hubungi Kami
<b>UCX</b> Memikat Hati Pelanggan utk Membeli dari Anda | EasyStore
<b>UCX</b> Memikat Hati Pelanggan utk Membeli dari Anda | EasyStore
<b>UCX</b> Memikat Hati Pelanggan utk Membeli dari Anda | EasyStore
87%

pembeli lebih cenderung untuk 🛍️ membeli-belah dengan pemilik bisnes yang menggunakan teknologi untuk menawarkan Unified Customer Experience (UCX).

34%

peningkatan perbelanjaan pelanggan 💰 selepas menggunakan strategi Unified Customer Experience (UCX).

90%

kadar pengekalan pelanggan 🥰 yang lebih tinggi bagi perniagaan yang menggunakan Unified Customer Experience (UCX).

Menyinari kegembiraan membeli-belah di mana sahaja

Ubah setiap saat menjadi peluang untuk penemuan, sama ada dari meja pejabat, keselesaan sofa, ataupun semasa menunggu kawan di kedai kopi. Berikan pelanggan kebebasan untuk menjelajah keinginan berbelanja dari mana-mana dan berbelanja melalui laman web atau aplikasi mudah alih.

Kedai Online Berjenama Anda
Dioptimumkan untuk penemuan melalui enjin carian, kedai dalam talian anda menggabungkan keseronokan eksplorasi dengan kemudahan membeli-belah, menjadikannya saluran dalam talian utama untuk jenama anda.
Aplikasi Membeli-Belah Mudah Alih
Aplikasi mudah alih memastikan pelanggan sentiasa terhubung dan mempunyai akses segera kepada jenama dan produk anda di hujung jari mereka.
Membeli-Belah Lintas Peranti
Pelanggan memulakan pengalaman membeli-belah mereka menggunakan satu peranti dan meneruskannya dengan peranti yang lain tanpa henti, memastikan pengalaman yang berterusan.

Pengalaman membeli-belah yang lancar

Dalam dunia di mana setiap klik penting, bayangkan ruangan di mana halangan dikurangkan, keinginan membeli-belah secara impulsif ditingkatkan. Tumpuan dibreikan pada kemudahan dan ketenangan fikiran, membuka jalan untuk pengalaman membeli-belah yang menggalakkan kesetiaan dan kunjungan berulang.

Pilihan Log Masuk Telefon atau E-mel
Proses log masuk disesuaikan mengikut keutamaan pelanggan dengan memberi pilihan sama ada akses melalui telefon mahupun emel.
Akses Tanpa Kata Laluan
Lupakan kesulitan mengingati kata laluan. Platform kami menggunakan pengesahan OTP untuk akses akaun dengan segera dan selamat.
Pembelian Berulang
Pelanggan membeli produk kegemaran mereka dengan mudah di mana butiran membeli-belah mereka telah diisi terlebih dahulu, mengelakkan proses berulang.
EasyStore

Hubungan erat dengan pelanggan

Setiap interaksi dengan pelanggan melalui EasyStore mengeratkan hubungan anda dengan para pelanggan. Platform kami membolehkan personalisasi yang mencerminkan hubungan yang erat di antara jenama anda dengan pelanggan.

POS Berutamakan Pelanggan
Kenal pasti setiap pelanggan tetap yang kembali dengan mudah melalui sistem POS, akses tabiat membeli-belah mereka untuk menyediakan perkhidmatan yang disesuaikan, menjadikan setiap kunjungan sambutan yang mesra dan ramah.
Pendaftaran Pengunjung
Daftar pengunjung kedai dengan segera melalui nombor telefon sahaja, bagi memupuk hubungan yang erat dengan pelanggan.
Kad Keahlian Digital
Nilai jenama anda di hujung jari pelanggan—dompet boleh dilupakan, tetapi kesetiaan sentiasa berada di sisi. Sesuaikannya untuk mencerminkan identiti jenama anda, tingkatkan pengalaman pelanggan dan rasa keterikatan.
EasyStore
EasyStore
EasyStore

Kepuasan bermula dari pilihan yang disesuaikan

Kuasa pilihan di tangan pelanggan anda dengan pengalaman yang disesuaikan. Dari fleksibiliti "Beli Dalam Talian, Ambil Di Kedai" hingga kemudahan "Beli Di Kedai, Hantar Ke Rumah", kami memastikan setiap aspek pengalaman membeli-belah disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka.

Kaedah Penghantaran Fleksibel
Sesetengah pelanggan menghargai kemudahan penghantaran, sementara yang lain lebih suka pengambilan melalui pick up untuk menjimatkan yuran penghantaran atau selaras dengan jadual mereka. Perhatian kepada pilihan ini dapat mempengaruhi kepuasan dan pengekalan pelanggan.
Kaedah Pembayaran Terpilih
Pembayaran adalah langkah terakhir dalam proses pembelian pelanggan. Sama ada ia adalah kad kredit/debit, eWallet, atau bayar semasa penghantaran, kebebasan pelanggan untuk memilih kaedah pembayaran meningkatkan kadar pembelian.
Bayaran Ansuran dan BNPL
Pilihan pembayaran ansuran atau Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dapat menurunkan sekatan kewangan untuk pelanggan, menjadikannya lebih mudah bagi mereka untuk membuat pembelian berulang.
EasyStore
EasyStore

Memupuk pemahaman dan nilai yang mendalam

Bayangkan, setiap mesej yang disampaikan kepada pelanggan adalah seperti, 'Kami mengenali anda. Kami menghargai anda.' Ia bukan sahaja tentang pembelian; falsafah ini mengubah setiap perbualan untuk menjadi peluang untuk mengeratkan hubungan, melibatkan mereka untuk menjadi sebahagian darpiada kisah jenama anda.

Inbox Berpusat Pelanggan
Pelanggan berinteraksi dengan jenama anda secara lancar melalui semua saluran, termasuk kedai dalam talian dan aplikasi membeli-belah, serta WhatsApp, Messenger, dan lain-lain dan anda dapat menjawab semuanya dalam satu inbox berpusat.
Analisis Perbualan
Akses kepada pandangan pelanggan secara menyeluruh dalam perbualan, termasuk nama, pembelian terdahulu, perbelanjaan keseluruhan, dan tingkah laku dapat membantu memperkaya interaksi dengan pelanggan dan mengeratkan hubungan.
Broadcast Disesuaikan
Selain daripada perbualan individu dengan pelanggan melalui saluran chat pilihan mereka, broadcast mesej dijalankan secara automatik dan disesuaikan melalui saluran kegemaran mereka, bagi meningkatkan penglibatan mereka secara menyeluruh.

Menghargai kesetiaan dengan kejutan dan kegembiraan

Kami di EasyStore berjanji untuk meraikan kesetiaan pelanggan anda dengan kegembiraan tak terduga yang memperkayakan pengalaman mereka. Kami tidak sekadar memenuhi jangkaan; malah kami berusaha untuk mencipta detik kegembiraan yang luar biasa bagi pelanggan anda.

Baucar dan Mata Ganjaran
Baucar atau mata ganjaran selepas pembelian bukan sekadar untuk merangsang transaksi akan datang tetapi ia menunjukkan penghargaan dan rasa hormat kepada pelanggan. Tanpa gestur sebegini, adakah pelanggan benar-benar merasa dihargai?
Sistem Peringkat Automatik
Peringkat keahlian secara automatik apabila mencapai ambang perbelanjaan. Ini adalah peluang untuk mengukuhkan hubungan anda dengan pelanggan, menawarkan keistimewaan dan pengiktirafan pada saat-saat bermakna.
Ganjaran dan Kejutan
Setiap individu menghargai perasaan dijaga dan diberi perhatian. Menghantar ganjaran yang disesuaikan, seperti ucapan hari lahir atau salam musiman bersama ganjaran, dapat mempengaruhi pengalaman membeli-belah. Prinsip "Anda mengingati saya, Saya mengingati anda" mengeratkan hubungan emosional antara jenama anda dan pelanggan anda.

Sentiasa hadir dalam pengalaman membeli-belah

Posisikan jenama anda pada semua saluran membeli-belah nagi memastikan pelanggan sentiasa menemui anda, sama ada di marketplace, media sosial, atau livestream. Ini selaras dengan kisah jenama anda, menjadikan jenama anda konsisten dalam pengalaman membeli-belah mereka.

Media Sosial
Ubah pengikut menjadi pelanggan di Facebook, Instagram, dan TikTok dengan meletakkan produk anda di mana pelanggan anda meluangkan masa mereka, seperti livestream dan video pendek, untuk mengekalkan penglibatan dan kesetiaan kepada jenama anda.
Marketplace
Sambungkan katalog produk anda ke marketplace seperti Shopee, Lazada, dan lain-lain. Walaupun harga yang kompetitif mungkin membawa kepada margin yang lebih rendah, marketplace dapat meningkatkan visibiliti dan jangkauan di kalangan pembeli dengan niat beli.
EasyStore

Menyatukan segalanya di
satu tempat, untuk pelanggan anda

Pejabat belakang yang berpusat meningkatkan kecekapan pengurusan dan memeluk UCX (Unified Customer Experience) untuk meningkatkan pengalaman pelanggan. Pendekatan yang bersatu ini memastikan pelanggan menikmati pengalaman yang konsisten dan memuaskan dengan jenama anda di semua titik sentuhan.

Dealer kami telah menghasilkan 12.330.889.820 MYR dalam penjualan

50K+ dealer & merek
30+ negara & wilayah
100+ integrasi aplikasi
80+ mitra industri

Hubungi team kami harini

Jom, mulakan perjalanan unified commerce anda! Lengkapkan borang berikut untuk berhubung dengan pasukan kami.

Mengapa bisnis menggunakan EasyStore

  • Darasara | EasyStore
    We used to manage our business manually, switching between different platforms to manage our business. It was really disorganized. We don't have to do much with EasyStore because it will categorise which consumers originated from which platform for you.
    Darasara Raushan Yuzer — Founder
  • AKUDESIGN | EasyStore
    EasyStore really changed our daily operations. It eases my work especially on inventory. The best part is it can merge all marketplaces and my retail store into one system. Really like it!
    AKUDESIGN Amirel Amen bin Anuar — Founder