Hantar Mesej Pukal kepada Pelanggan dengan Pusat Penyiaran (Broadcast Center)

By Max · 2nd October, 2021

Bergantung sepenuhnya kepada pemasaran secara e-mel sudah tidak releven pada tahun 2020. Mesej di peranti mudah alih kini menjadi keutamaan dalam melakukan pemasaran sebagai penjual e-commerce. Memandangkan peranti mudah alih sudah menjadi popular, tidak hairanlah apabila lebih ramai pelanggan bersedia untuk menerima pemberitahuan terkini jenama yang diminati melalui SMS dan Messenger.

Kini anda mempunyai banyak peluang untuk bercakap dengan mereka, memperkenalkan alat EasyStore baru - Broadcast Center!

Broadcast Center membolehkan anda membuat dan mengirim mesej sekaligus melalui platform menulis pesanan seperti SMS, Messenger dan e-mel untuk mengekalkan komunikasi dengan pelanggan anda. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana untuk menghasilkan lebih banyak jualan di e-commerce anda dengan Broadcast Center!

Cara Menggunakan Broadcast Center untuk Meningkatkan Jualan Anda

Broadcast Center mempunyai misi utama - untuk menyampaikan mesej kepada ramai penerima dalam satu masa mengenai produk yang mungkin ingin mereka beli. Berikut merupakan beberapa situasi yang menunjukkan mengapa ianya sangat berguna.

Menyambut ahli baru

Jangan lupa ahli baru! Hubungi mereka, perkenalkan produk terlaris anda kepada mereka, dan tarik mereka untuk mengunjungi kedai anda dengan kod diskaun seperti WELCOME2021. Ingatkan mereka tentang kewujudan perniagaan anda melalui tiga platform pesanan pada masa yang sama.

Memperkenalkan pelancaran produk baru

Memikirkan kaedah lain untuk membuat pelanggan merasa istimewa dan dihargai? Tawarkan mereka produk baru sebelum pelancaran rasmi anda. Kenapa? Kerana pelanggan anda akan mendapat layanan istimewa dan juga akan lebih terdorong untuk melakukan pembelian. Jadi pembeli tidak akan terlepas setiap pelancaran produk terbaru dan terhebat di kedai anda.

Mengumumkan promosi terkini

Serlahkan produk yang anda jual. Sama ada penjualan musim percutian, jualan kilat, atau tawaran lain yang sedang kedai anda tawarkan pada masa yang sama, pastikan pelanggan anda dapat melihat produk dengan potongan harga yang terbaik. Sebagai contoh, semasa Double 12 Festival, anda boleh memberikan mereka penghantaran percuma semasa pembelian.

Mengapa Anda Memerlukan Broadcast Center untuk Pemasaran?

1. Ia ringkas dan mudah

Apabila menulis, mesej anda mestilah menarik dan ringkas.  Broadcast Center mengarahkan anda untuk meringkaskan maklumat mesej anda kepada isi kandungan yang penting. Potongan harga terhad, promosi khas, tawaran berdasarkan acara yang direka khas untuk menarik minat dan memotivasikan pelanggan terhadap produk anda.

2. Ia cepat dan segera

Dengan berbilion telefon pintar yang digunakan, anda kini boleh menghantar mesej kepada hampir semua orang di dunia dengan serta-merta. Apabila pemasaran memerlukan hubungan segera dengan pelanggan - seperti diskaun masa terhad atau urusan perniagaan yang mendesak - E-mel, SMS & Facebook Messenger adalah caranya. Berkomunikasi lebih awal untuk mengelakkan salah faham antara anda dan pelanggan sebelum berlaku situasi yang tidak diingini.

3. Ia menjangkau pelbagai pengguna sasaran (target audience)

Promosi melalui SMS, Messenger dan e-mel membolehkan anda untuk mempromosikan dengan cepat pada masanya dan tepat kepada kumpulan pelanggan mengikut keselesaan anda. Ia berfungsi dengan baik kerana dapat menjangkau kumpulan target audience yang berbeza. Ini menjadikannya lebih mudah untuk memberikan komunikasi yang relevan kepada kenalan anda dan memberi keyakinan sehingga meningkatkan penjualan dalam perniagaan anda.

4. Ia menggabungkan semua keperluan anda

SMS lebih cepat dan lebih diperlukan berbanding medium lain. E-mel adalah alat percubaan dan penggunaan yang diterima oleh setiap penjual. Messenger membolehkan anda menghubungi berbilion pembeli berpotensi. Mengendalikan pelbagai saluran dengan teks ringkas membolehkan anda berhubung dengan pelanggan di mana-mana peranti atau saluran yang mereka pilih. Beri mereka keselesaan dan lariskan jualan anda.

Bagaimana ia berfungsi

Broadcast Center tersedia untuk semua pengguna Business Plan. Kredit diperlukan untuk menghantar mesej. Nikmati 500 kredit percuma semasa langganan anda. Ia akan dikemas kini setiap bulan.

Kredit bergantung pada jumlah pelanggan tetapi bukan saluran, yang bermaksud satu kredit akan ditolak dari akaun apabila menghantar kepada satu pelanggan. (1 pelanggan = 1 kredit)

1. Pilih beberapa pelanggan dan klik butang ' Broadcast'

Mulakan dengan memilih pelanggan anda daripada senarai pelanggan. Anda mungkin mempunyai maklumat pelanggan yang tidak lengkap seperti tidak mempunyai nombor telefon. Broadcast Center masih dapat menghantar mesej kepada mereka melalui e-mel dan Messenger.

2. Buat mesej secara peribadi

Masa untuk menghentikan tindakan copy-paste anda. Tips untuk anda: gunakan tiga titik di bahagian atas kanan. Kami memberikan jalan pintas untuk alamat nama pelanggan dan pautan di dalam teks hanya dengan beberapa klik. Cepat dan mudah!

3. Sedia dan hantar!

Lihat panduan langkah  kami mengenai cara menghantar Broadcast messages anda dalam beberapa saat.

Peringatan: Untuk Messenger, anda hanya dapat mengirim kepada pelanggan yang mengirim mesej / berhubungan dengan Facebook Page Shop anda melalui Messenger dalam tempoh 24 jam.

Jana Lebih Banyak Jualan ke Perniagaan Anda dengan Broadcast Center

E-commerce terus berkembang, berevolusi, dan berubah - dan begitu juga pelanggan anda.

Ini memberi anda peluang yang ideal untuk berinteraksi dengan pelanggan anda melalui media pesanan yang berbeza. Anda hanya perlu mencuba dan mencari saluran komunikasi yang sesuai untuk anda dengan Broadcast Center.

Ini bukan soal pemasaran SMS berbanding  e-mel dan Messenger - ini adalah persoalan tentang apa yang dicari oleh pembeli dan bagaimana anda dapat menyampaikannya. Mengapa memilih satu apabila anda boleh menggunakan kesemuanya?

Sekiranya Anda Masih Lagi Tidak Nampak ...

Pelanggan anda boleh menggunakan nombor telefon untuk log masuk ke laman web e-commerce anda sekarang! Rebut peluang ini untuk mengembangkan senarai pelanggan anda dan membina hubungan dengan mereka. Ia bagus untuk:

● Daftar akaun baru

● Log masuk akaun yang ada

● Tetapkan semula kata laluan untuk akaun

 

Yang anda perlukan hanyalah satu langkah - aktifkan akaun nombor telefon pelanggan di panel pentadbir anda. Sebelum anda mula menambahkan Broadcast Center, buka artikel bantuan dan pastikan ia diaktifkan di kedai anda

Get latest inside news from EasyStore

Join community to keep yourself updated with the latest updates or insights from EasyStore and connect with other business owners alike.

Join Community



Start selling online for free

Enjoy automated selling process with zero cost.

icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weight icon-wholesale Facebook icon Google+ icon LinkedIn icon Twitter icon YouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon