Doktor Haiwan Sepenuh Masa Malaysia Dijemput AEON Untuk Lilin Buatan Sendiri Beliau

By Yavini Lucille · 10th September, 2020

Apakah jenis lilin harum yang anda suka untuk memastikan keharuman yang bertahan lama dalam bilik anda? Kebanyakan orang akan memilih balang lilin. Tetapi pernahkah anda mendengar tentang Candle Meltz sebelum ini? 

Dr. Nadia, seorang doktor haiwan yang sayangkan haiwan dan bekerja enam hari seminggu di klinik beliau, juga tidak disangka, ialah seorang pembuat lilin yang mengubah hobi beliau kepada cerita kejayaan.

Beliau hanyalah seorang penjual Candle Meltz dalam talian apabila beliau melihat peluang menjual produk-produk beliau di rak-rak pasaraya AEON. 

Tiada Siapa Melakukannya, Saya Yang Pertama.

Pada 2016, Dr. Nadia hanyalah seorang pembuat lilin secara hobi seperti beribu-ribu orang lain sementara melakukan kerja sepenuh masa sebagai doktor haiwan. 

Memandangkan beliau menghabiskan satu-satunya hari cuti beliau setiap minggu membuat lilin, suami beliau mencadangkan beliau menggunakan Internet untuk mula menjualnya dalam talian. 

Pada masa itu, tidak banyak permintaan untuk lilin-lilin haruman. Mendapati peluang, bekas doktor haiwan ini membuat keputusan beliau akan menjadi orang yang memenuhi ruang ini di pasaran. Tetapi Dr. Nadia sendiri tidak menjangka yang lilin-lilin buatan tangan beliau akan dijual di pasaraya AEON hanya empat tahun kemudiannya.

Tugas Paling Mencabar: Tiada siapa pernah mendengar tentang Candle Metlz

Apabila membuat atmosfera diterangi lilin yang selesa dan menyenangkan, perkara pertama yang orang Malaysia fikirkan adalah balang lilin. Dan itulah sekatan paling sukar untuk dihadapi dalam perjalanan perniagaan ini.

Menggunakan sumber-sumber yang beliau ada, Dr. Nadia mendapati yang video dan media sosial adalah perlu untuk mendidik bakal-bakal pelanggan beliau berkenaan Candle Meltz beliau. Youtube dan Instagram dengan pantas menjadi tab paling dilawati beliau.

Kredit: Laman Rasmi Candlenutsbynadia 

Beliau meluangkan setiap minit terluang menulis dan mereka tutorial dalam bahan-bahan digunakan dan bagaimana menggunakan Meltz beliau dalam usaha untuk memendekkan jurang maklumat dan memberikan sebanyak mungkin pengetahuan kepada pelanggan beliau.

 

Video tutorial yang memperkenalkan Candle Meltz kepada umum.

Perkakas Dalam Laman Memberikan Skala Mudah Dan Automasi

Apabila ditanya berkenaan sebarang pengorbanan peribadi sepanjang perjalanan perniagaan beliau, Dr. Nadia ketawa, “Ada tak saya beritahu yang saya juga seorang ibu?” Beliau mengorbankan masa tidur beliau untuk menjadi yang terbaik dalam 3 peranan; sebagai doktor haiwan, usahawan dan ibu.

Apabila mengingat semula proses-proses beliau sebelum mempunyai laman sesawang, usahawan moden ini menyatakan yang beliau mempelajari banyak benda untuk mengelak kesilapan manusia. WhatsApp dulu merupakan satu daripada sumber-sumber utama beliau untuk mendapatkan pesanan, dan pesanan yang salah kerap dihantar kepada pelanggan yang salah disebabkan sistem tidak teratur beliau. Sekarang beliau dapat mengepos dan menjejak bungkusan untuk setiap pelanggan pada masa yan sama memberikan pengalaman beli-belah yang lebih baik.

Selain itu, laman sesawang beliau juga telah mengembangkan keternampakan jenama beliau dalam talian. Laman sesawang ini memudahkan pengguna untuk mencari apa yang diingini; seorang pelanggan dapat mencari melalui produk dengan mudah dan kemudian membuat pembayaran di laman sesawang untuk melengkapkan pembelian mereka.

Selain itu, memandangkan beliau bukanlah seorang yang celik IT, backend laman memberikan beliau mengajukan soalan kepada orang berpengetahuan dalam panel admin di mana-mana sahaja, yang mengelakkan kekecewaan terlibat dalam menguruskan kedai dalam talian. 

Belum Cuba, Belum Tahu Had Anda

Apabila Dr. Nadia memulakan perjalanan membuat lilin beliau, beliau hanya menawarkan dua barangan - Candle Metlz dan balang lilin beliau. Pendapat beliau, kualiti adalah jauh lebih penting daripada kuantiti.

Walaupun hanya Candle Meltz menerima respons hangat di pasaran, Meltz beliau sangat berjaya, menerima ulasan sangat baik di media sosial.

Mari melawat kedai dalam talian beliau dan sokong perniagaan tempatan dengan kami!

Laman Rasmi: https://www.candlenutsbynadia.com/ 

Instagram: https://www.instagram.com/candlenutsbynadia/ 

Facebook: https://www.facebook.com/candlenutsbynadia 




Try EasyStore free for 14 days

With all features unlocked. No credit card required.

icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weighticon-wholesaleFacebook iconGoogle+ iconLinkedIn iconTwitter iconYouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon