Daripada Minat Kepada Keuntungan: Suatu Hobi Terlarang Mengubah Hidup Beliau

By Yavini Lucille · 16th February, 2020

Ianya bermula sebagai suatu hobi dan ia menjadi kariernya. Ya, ini merupakan kisah Syahirah. Beliau mula suka menyolek di dalam bilik sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, tiada siapa yang menyokong dirinya, dan semua orang mengejek akan dirinya apabila beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan solekan. Disebabkan oleh semangatnya yang tidak mudah luntur, walaupun dalam keadaan kesusahan, Syahirah membuatkan semua orang bangga dengan tindakan berani beliau.

Suatu Hobi Yang Mencetus Perniagaan Beliau

YouTube telah menjadi sebuah saluran yang amat diperlukan bagi mencapai berjuta-juta orang dengan berita dari luar rumah, luar negara kita dan juga luar Bumi kita! Ya, Google sememangnya Superman yang sebenar.

Pada zaman Syahirah masih di universiti, solek-menyolek merupakan salah satu hobinya. Syahirah belajar kemahiran untuk bersolek melalui YouTube, dan beliau mempamerkan solekannya di media sosial. 

Syahirah mendapati terdapat suatu masalah apabila beliau membeli berus solek impiannya. Berus itu perlu untuk dihantar dari luar negara melalui eBay, Amazon, Kylie Cosmetics, and laman sesawang antarabangsa yang lain. Sudah semestinya, ianya mahal untuk dihantar dan akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke rumah beliau.

Pada ketika itu, Syahirah mendapat sebuah ilham. “Kenapa saya tak cipta berus solek saya sendiri?” beliau terfikir. Daripada menunggu dengan penuh kerisauan, beliau mengambil keputusan untuk melakukannya sendiri. Beliau membina empayarnya sendiri, dan kini beliau merupakan pengasas CSMAKEUP MY.

Sebuah ‘Video’ Yang Menyelesaikan Semua Masalah

‘Post’ pempengaruh media sosial adalah salah satu daripada alatan untuk mempromosi atas talian yang boleh diharapkan. Walaupun begitu, disebabkan oleh sumber yang terhad, ia memerlukan Syahirah untuk berbelanja dengan cermat untuk yuran tajaan yang mahal. Dalam keadaan yang terdesak, beliau memikirkan suatu jalan penyelesaian iaitu menjadi duta jenamanya.

Syahirah sedar yang perniagaan beliau bergantung kepada pencapaian kecil di sini dan di sana, juga bergantung kepada pengesyoran mulut ke mulut daripada pelanggan-pelanggan beliau. Pada waktu itulah, ‘creator’ YouTube terlintas melalui fikirannya.

Untuk menguatkan lagi asas, beliau mula membuat video berpengaruh tinggi serta berkos rendah yang boleh berkomunikasi dengan penonton dari serata dunia dengan menggunakan platform YouTube. Dalam masa yang sama, ianya boleh digunakan sebagai video demonstrasi untuk pengguna.

Dengan menjadi Youtuber kecantikan, mengambil video tutorial serta menyuntingnya merupakan tugasan bulanan beliau. Ramai kenalan Syahirah bertanya, “Awak tak penat dengan kerja awak?” Sungguhpun begitu, beliau selalu melihat karier YouTube ini sebagai kerja yang seronok dan berbaloi, memandangkan beliau berjaya menghasilkan hubungan erat dengan pelanggan-pelanggan beliau. 

Cerita Muka Dalam: Merentasi Ribut Taufan yang Tiada Kesudahannya

Dalam pengembaraan ini, ramai orang mungkin akan gagal dan pilih untuk kembali ke zon selesa mereka. Syahirah tidak pernah berhasrat untuk menjadi seperti mereka. Beliau mengendalikan semua halangan tanpa berundur.

Pertama sekali, falsafah menang-dengan-apa-sahaja-cara-pun menyebabkan keluarga beliau tidak tahu akan kariernya. Membesar dalam masyarakat konservatisme, semestinya, impian beliau tidak dapat sokongan daripada keluarga serta kawan-kawan beliau tetapi minat Syahirah untuk menghasilkan berus soleknya mengatasi halangan-halangan yang dihadapi beliau.

“Bagaimana awak nak dapatkan duit melalui Instagram dan Facebook? Cakap merapu!” Ibu beliau mengkritik tanpa belas kasihan dan mendesaknya untuk kerja seperti orang lain dari 9 sehingga 6 di pejabat. Walaupun begitu, kata-kata kasar daripada keluarganya mengilhamkan Syahirah untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Amaran daripada pengurusan UiTM menakutkan Syahirah pada suatu ketika kerana semua inventori beliau berada di hostel. Beliau tidak fikir apa-apa melainkan untuk menyelamatkan barangannya daripada pengurusan hostel, yang mana terlepas akhirnya. Walaupun begitu, kehilangan semua barangannya membawa beliau balik kepada papan lukisan. 

Perkara ini tidak menghalang dirinya daripada menumpukan seluruh kehidupan beliau terhadap berus tersebut, dan ‘mengalah’ tidak pernah terlintas di fikiran Syahirah.

Kesalahan Remeh Graduan Baru

Walaupun beliau merupakan pelajar universiti yang sukakan perakaunan, realiti beliau yang lain adalah berbeza daripada dalam sukatan pelajaran dan realiti tersebut mengajarnya ilmu pengetahuan baru yang banyak. 

Mengawal aliran tunai dalam perniagaan beliau tidaklah semudah seperti menjawab peperiksaan semasa di sekolah dahulu. Untuk menyediakan belanjawan yang baik merupakan suatu tugasan yang mencabar, termasuklah menguruskan perbelanjaan dalam sesebuah perniagaan, terutamanya bagi seorang usahawan.

Kedudukan atau posisi kewangan yang tidak menentu telah meletakkan Syahirah pada keadaan yang rumit. Beliau telah belajar mengenai kepentingan memancarkan modal masa depan melalui beberapa kesalahan yang besar mahupun kecil dalam kewangan beliau.

Bagi seorang wanita 20-an yang biasa, beliau menikmati masa lapangnya bersama keluarga serta rakan-rakan. Oleh kerana beliau merupakan seorang usahawan wanita dan juga pengasas berus solek berjenama, Syahirah tidak akan menukarkan keluarga dan rakan-rakan beliau dengan kejayaan yang beliau berharap untuk dicapai. 

Stereotaip dalam masyarakat, seperti jantina dan umur, selalunya akan membuat Syahirah tertekan semasa perjalanannya. Tetapi beliau terpaksa untuk tidak menghiraukan stereotaip berikut dan mempertingkatkan kerjanya untuk membetulkan tanggapan buruk terhadap seorang usahawan wanita yang muda. Ia membantu beliau untuk menjadi lebih bermotivasi dalam mencapai impiannya.

EasyStore telah menghulurkan bantuan kepada Syahirah dengan pelbagai ciri yang maju dalam panel pengurusan atau ‘admin’. Daripada menghasilkan analisis khusus secara manual, ianya boleh mengurangkan beban kerja beliau dalam pelbagai aspek dalam laporan seperti produk, pelanggan, dan pesanan dengan menggunakan ‘Analytics report function’ (fungsi laporan analisis). Sekarang, beliau boleh mengkaji semula suatu koleksi analisis jualan yang terperinci dalam cara yang teratur. 

Selain daripada itu, terdapat banyak artikel yang membantu mengenai soalan-soalan yang selalu ditanyakan telah disediakan oleh EasyStore. Tajuk-tajuk seperti pesanan, pemasaran, produk, dan banyak lagi boleh didapati untuk pengguna-pengguna bagi menyelesaikan isu-isu yang berkaitan.

Impian Bersungguh-sungguh ke Arah Menjadi Diri yang Lebih Baik

Impian Syahirah untuk 2020 adalah untuk mengatasi pencapaian beliau yang terkini iaitu pada tahun 2019.

Untuk yang lain-lain, keseimbangan terhadap kehidupan dan pekerjaan merupakan suatu rutin harian, tetapi bagi Syahirah, ianya bukanlah sesuatu perkara biasa sama sekali. Beliau sentiasa mencari jalan untuk mengimbangi perniagaan beliau dan waktu kerohanian dengan Tuhan. Beliau mengutamakan pengayaan minda, tubuh dan jiwa dengan amalan hidup yang sihat.

Seorang pembuat keputusan yang bebas mestilah melihat lebih jauh serta mengetepikan kepentingan peribadi. Dalam masa 5 tahun, Syahirah membentuk jenama beliau dengan sungguh bersemangat untuk semua wanita Malaysia menggunakan sekurang-kurangnya salah satu daripada berus solek beliau dan mengembangkan perniagaannya ke sekurang-kurangnya 10 negara.

Pengakuan yang Tidak Terkata daripada Usahawan Baru  

“Tiada apa yang lebih penting daripada minat dan semangat anda dalam industri ini,” Syahirah berkongsi nasihat beliau untuk perniagaan-perniagaan baru. Rasakan minat dan semangat itu serta tumpukan terhadap apa yang mengembirakan diri kamu. Ini adalah satu-satunya cara untuk menjauhkan diri daripada berlengah-lengah; dengan memberi tumpuan dalam mengekalkan perniagaan anda.

Keyakinan diri mengatasi apa-apa minda genius. Ianya boleh didapati dengan belajar, berlatih dan menguasainya, segalanya akan berubah setelah anda menguasainya. Kepercayaan anda terhadap diri anda sendiri akan mempengaruhi jenama anda. Apa yang anda perlu hanyalah percaya terhadap diri anda. 

Perkara-perkara yang hebat tidak akan datang dari zon selesa anda. Pergi dan kejar impian anda tanpa berpaling ke belakang. Hasil usaha anda menanti anda selepas perlaksanaannya.

Anda dialu-alukan untuk melayari laman sesawang rasmi dan platform media sosial beliau!

Laman web rasmi: https://www.csmakeupmy.com/

Facebook: https://www.facebook.com/csmakeup.my/

Instagram: https://www.instagram.com/csmakeup.my/

Youtube: https://www.youtube.com/csmakeupmychannel




Try EasyStore free for 14 days

With all features unlocked. No credit card required.

icon-accounticon-add-newicon-add-storeicon-appicon-appleicon-archiveicon-arrowdownicon-ascicon-atmicon-bankicon-bookicon-cancelicon-cart-addonicon-checkouticon-cherryicon-collectionicon-comfirmicon-confirmicon-couponicon-creditsicon-currencyicon-dashboardicon-discounticon-disintegrateicon-domainicon-draggableicon-dscicon-duplicateicon-editicon-emailicon-exclamation-triangleicon-exporticon-eyeicon-eye-slashicon-failicon-fullscreenicon-fullscreen-closeicon-generalicon-gifticon-gridicon-hddicon-helpicon-importicon-infoicon-integrationicon-invoiceicon-likeicon-listicon-locationicon-logouticon-new-tabicon-not-secureicon-optionicon-ordericon-outline-arrowdownicon-pageicon-paymenticon-plusicon-posicon-pricingicon-printericon-producticon-product-sumicon-product-sum-xicon-promotionicon-redirecticon-reporticon-reseticon-searchicon-secureicon-settingicon-shippingicon-staricon-storeicon-successicon-switch-storeicon-tagicon-taxesicon-templateicon-themeicon-tickicon-trashicon-unarchiveicon-uploadicon-user-tagicon-usersicon-weighticon-wholesaleFacebook iconGoogle+ iconLinkedIn iconTwitter iconYouTube icon Instagram icon Whatsapp icon LINE icon